Friday, 15 November 2013

KOKTEL SAGU


Bahan-bahan nya :

1 peket sagu dibasuh dahulu
3 cawan air
Pewarna : Pink, Hijau, Oren (mengikut citarasa)
2 sudu gula pasir untuk sagu
1 sudu gula pasir untuk susu
2 tin  Susu cair
Sumi Jelly


Cara-caranya :

Panaskan air dalam periuk dan masukan sagu bersama gula pasir.
Kacau hingga sagu masak dan likat.
Kemudian asingkan kedalam bekas berlainan untuk diwarnakan.
Setiap bekas berlainan warna kemudian disejukan.

Kemudian kita masak susu cair bersama 2 sudu gula.
Kacau hingga susu pekat dan mendidih.
Biarkan sejuk. Dah pun siap. Senang bukan!

Hidangkan seperti dalam gambar diatas atau mengikut kreativiti masing-masing.
p/s : kalau rasa nak tambah koktel buah-buahan pun boleh.....
Selamat mencuba!

Sunday, 3 November 2013

◆ RESEPI NASI WARNA WARNI ◆



Sumber dari Majalah RASA. Saya modified sikit jer....

Bahan-bahan yang diperlukan (untuk 5 orang)

700 gram beras Brasmathi 》saya guna brand Faiza
3 sudu besar buttercup
250 ml susu cair
Pewarna : Merah, Hijau, Kuning (mengikut citarasa anda)
★Bawang Besar 》3 biji sederhana besar 
★Bawang putih 》3 ulas jer
★Halia》1 inci jer
Daun pandan 》2 helai jer..
Kulit kayu manis 》 3 batang jer...
Bunga Lawang 》 3 biji jer
Bunga cengkih 》 3 biji jer


Cara - cara memasak
Kalau nak cara mudah dan cepat masak beras Bramathi dulu. Sambil tu panaskan periuk dalam api yang sederhana dan masukkan buttercup. Lepas tu tumis bahan2 ★. Biar sampai naik bau. Kemudian masukkan susu cair dan masukkan daun pandan. Agak-agak dah ada bau sedap masukkan nasi yang telah dimasak tadi. Tuangkan susu cair pada nasi tadi. Make sure api sederhana takut hangit lak. Kacau hingga sebati ye.
Kemudian titikkan pewarna merah, hijau dan kuning di bahagian berasingan diatas nasi tadi. Jangan digaul dulu. Biarkan seketika supaya warna meresap dalam 2 minit. Lepas tu bolehlah digaul seperti dalam gambar diatas. 
Selamat mencuba!

Monday, 21 October 2013

Alhamdulillah...





Assalamualaikum,


Alhamdulillah, Setelah sekian lama hasrat terpendam nak create blog ni, akhirnya tercapai jua impian untuk berkongsi pengalaman bersama teman-teman sekalian.


Ucapan Alhamdulillah adalah satu ucapan yang menandakan kesyukuran seorang hamba kepada Tuhannya. Menurut al-Imam an-nawawi terdapat beberapa ketika atau masa kita disunatkan untuk mengucapkan Alhamdulillah, antaranya ialah:


* Kita disunatkan mengucapkan Alhamdulillah ketika kita mendapat sesuatu kabaikan atau sesuatu nikmat.

* kita juga disunatkan mengucap Alhamdulillah ketika kita terselamat daripada sesuatu bencana atau  kesusahan.

* Ketika selepas makan atau minum.

* ketika kita selepas sendawa menandakan kenyang.

* Selepas bersin kerana bersin itu telah mengeluarkan banyak kuman penyakit. Kajian mendapati apabila seseorang itu bersin segala organ dalamannya berhenti seketika.

* Selepas melakukan majlis pertunangan.

* Selepas melakukan aqad nikah.

* Selepas keluar dari tandas.

* Ketika hendak memulakan penulisan bagi penulis atau pengarang.

* Ketika hendak memulakan pengajaran dan pembelajaran.

* Ketika hendak bermutalaah bagi seorang penuntut.

* Menjadi rukun dalam khutbah jumaat.

* Ketika hendak memulakan doa.

* Ketika hendak mengakhiri sesuatu doa.