Monday, 21 October 2013

Alhamdulillah...





Assalamualaikum,


Alhamdulillah, Setelah sekian lama hasrat terpendam nak create blog ni, akhirnya tercapai jua impian untuk berkongsi pengalaman bersama teman-teman sekalian.


Ucapan Alhamdulillah adalah satu ucapan yang menandakan kesyukuran seorang hamba kepada Tuhannya. Menurut al-Imam an-nawawi terdapat beberapa ketika atau masa kita disunatkan untuk mengucapkan Alhamdulillah, antaranya ialah:


* Kita disunatkan mengucapkan Alhamdulillah ketika kita mendapat sesuatu kabaikan atau sesuatu nikmat.

* kita juga disunatkan mengucap Alhamdulillah ketika kita terselamat daripada sesuatu bencana atau  kesusahan.

* Ketika selepas makan atau minum.

* ketika kita selepas sendawa menandakan kenyang.

* Selepas bersin kerana bersin itu telah mengeluarkan banyak kuman penyakit. Kajian mendapati apabila seseorang itu bersin segala organ dalamannya berhenti seketika.

* Selepas melakukan majlis pertunangan.

* Selepas melakukan aqad nikah.

* Selepas keluar dari tandas.

* Ketika hendak memulakan penulisan bagi penulis atau pengarang.

* Ketika hendak memulakan pengajaran dan pembelajaran.

* Ketika hendak bermutalaah bagi seorang penuntut.

* Menjadi rukun dalam khutbah jumaat.

* Ketika hendak memulakan doa.

* Ketika hendak mengakhiri sesuatu doa.